top of page
kaaba (1).jpg

... Tukar View kepada Desktop Site untuk paparan lebih baik ....

PAKEJ HAJI MUJAMALAH | TANPA GILIRAN | KUOTA TERHAD

MASIH TIDAK MENDAPAT PANGGILAN UNTUK MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KE 5 PADA TAHUN INI?

 

"...JIKA SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI KEMAMPUAN, TUNAIKANLAH HAJI PADA TAHUN INI.

 

KERANA BELUM TENTU KITA MASIH MAMPU PADA TAHUN HADAPAN...."

MAKSUD HAJI

Haji menurut syarak adalah mengunjungi Baitullah (Rumah Allah) di Mekah untuk beribadat ‘manasik’ (tawaf, saie, bergunting) dan wukuf pada waktu serta syarat-syarat tertentu dalam bulan Dzulhijjah.

Firman Allah SWT: 

“Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Al-Imran, ayat 97)

Ibadat haji hanya diwajibkan kepada Muslim yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan fizikal dan juga mental. Allah SWT membuka ruang dan memudahkan semua hambaNya menziarahi, mendekatkan diri dan bermunajat kepadaNya serta memohon limpah rahmatNya dan hidayahNya. 

CARTA PERGERAKAN JEMAAH HAJI

VISA HAJI MUJAMALAH

Haji Mujamalah adalah Ibadah menunaikan  haji dengan menggunakan visa yang dikeluarkan dari Kedutaan Arab Saudi. Visa ini dikeluarkan kepada agensi yang terpilih tanpa menggunakan kuota Tabung Haji (TH) dan akan akan diproses beberapa hari sebelum tarikh yang dijadualkan berangkat

Berikut adalah Visa Haji yang telah dikeluarkan oleh syarikat Al Hijjrah Vacation bukan sahaja kepada para jemaah Malaysia malah buat Jemaah Warganegara Indonesia serta Singapura. 

VISA HAJI MUJAMALAH
2023 / 1444 H

MOHD BIN ABD RAZAK_page-0001.jpg
HASNUL BIN SULAIMAN_page-0001_edited.jpg

VISA HAJI MUJAMALAH
2022 / 1443 H

VISA AHMAD_page-0001.jpg
Visa Ebit Lew.jpg

VISA HAJI MUJAMALAH
2019 / 1440 H

Visa Haji Malaysia.jpg
Visa Haji Indonesia.jpg

MENGAPA MEMILIH HAJI MUJAMALAH

Kebiasaan mereka yang memilih visa ini enggan menunggu lama untuk mengerjakan ibadat haji atau lewat atau tidak mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH). Selain it, mereka yang memilih untuk menggunakan visa ini adalah kerana berkemampuan untuk menunaikan haji untuk kesekian kalinya dan ada segelintir juga yang mahu membawa anak anak atau ahli keluarga yang lain. 

HAJI MUJAMALAH UNTUK SIAPA?

Visa Haji ini layak kepada sesiapa sahaja yang berkemampuan.

 

Harga pakej bergantung kepada pakej haji yang dipilih seperti jumlah hari, penginapan di makkah, Madinah dan juga penginapan di Arafah serta Mina. Setiap jumlah yang dibayar semestinya sesuai dengan perkhidmatan yang bakal diterima nanti. 

Namun jumlah Visa yang dikeluarkan amat TERHAD. Seeloknya daftar dengan lebih awal agar lebih diberi keutamaan. 

 

"Kenapa perlu berhabis banyak untuk mengerjakan haji?" 

Perbelanjaan untuk haji sama seperti perbelanjaan di jalan Allah iaitu 700 kali ganda. Maka, kalau yang berkemampuan eloklah diutamakan yang wajib.

KENAPA MEMILIH AL HIJJRAH VACATION 

Berpengalaman mengendalikan Kumpulan jemaah haji dari tahun 2005

Syarikat yang mengeluarkan Visa Haji melalui Kedutaan Arab Saudi
 
Para jemaah tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan giliran bagi menunaikan ibadah Haji
 
Menyediakan tempat penginapan yang hampir  dengan lokasi untuk melontar Jamrah ketika hari Tasyrik

Menyediakan Khemas Khas untuk para jemaah ketika di Arafah

Hotel penginapan di Mekah & Madinah yang sangat hampir dengan Masjidil haram & Masjid Nabawi

Bimbingan penuh & Tazkirah oleh Mutawwif berpengalaman & Bertauliah yang dilantik oleh syarikat. 

Bilangan ahli kumpulan Jemaah yang kecil memudahkan lagi proses pelaksanaan ibadah haji.

Sangat menitikberatkan kebajikan Para Jemaah sepanjang perjalanan menunaikan Ibadah Haji.

PERJALANAN HAJI AL HIJJRAH VACATION

PENDAFTARAN HAJI 2024 - 1445H KINI DIBUKA

HUBUNGI HOTLINE +60166613424

bottom of page