top of page
33KW9NQ-highres-e1687704828434.jpg

BADAL HAJI
HADIAH YANG PALING BERNILAI BUAT YANG TERSAYANG MEMENUHI

TUNTUTAN KEPADA PENCIPTANY-NYA

MAKSUD BADAL HAJI & DALIL

Badal bermaksud “Ganti”, “Pengganti”, atau yang “Digantikan”. Mengganti oleh kerana mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh seperti penyakit kronik yang disahkan oleh doktor, usia tua (uzur) atau kematian (berkemampuan dari segi kewangan semasa hayatnya)

Barang siapa yang mampu menyambut panggilan Haji kemudian terhalang kerana sakit yang tiada harapan sembuh atau lanjut usia maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya.

Hal ini berdasarkan hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, dari Fadl bin Abbas bahawa seorang wanita dari Bani Khats`am berkata,

 

“Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hambanya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu berada pada kenderaan, maka apakah aku boleh menghajikannya”?

 

Rasulullah SAW menjawab, ”Boleh..”

Dalam hadis yang lain dari Ibni Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi SAW dan berkata,

 

“Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan haji tersebut untuknya”?

 

Nabi menjawab, "Kerjakanlah haji tersebut bagi pihak ibumu. Jika ibumu berhutang dengan seseorang adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah SAW kerana ia lebih patut dilunaskan”.(Hadis riwayat Imam Al Bukhari)

Seorang wanita bertanya Nabi SAW tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan haji.

 

Nabi bersabda, “Kerjakanlah haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An Nasaie)

PAHALA BADAL HAJI

Apabila badal haji dilaksanakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat samada yang mengeluarkan belanja atau mengerjakanya akan beroleh ganjaran pahala dari Allah SWT.
 

Dari Ibni Abbas berkata, 

“Sesiapa yang mengerjakan haji bagi pihak orang yang meninggal dunia maka ditulis bagi orang yang meninggal dunia satu haji dan orang yang mengerjakannya mendapat tujuh haji”

 

Dalam satu riwayat lain,

” Dan bagi orang yang mengerjakan haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. ( Hadis riwayat Abu Zar)

SYARAT - SYARAT BADAL HAJI

  • Tidak sah badal haji bagi seseorang yang mampu melaksanakannya.

  • Sah badal haji  kepada mereka yang telah meninggal dunia dan mampu melaksanakan semasa hidup, orang yang sakit tidak ada harapan sembuh seperti penyakit kronik, hemodialisis dan lain-lain atau mereka tidak ada keupayaan untuk melaksana ibadat haji.

  • Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.​​

  • Sah bagi wanita mengambil upah haji untuk lelaki dan sebaliknya

  • Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.​

  • Seseorang yang meninggal dunia yang mempunyai wang dan hartanah maka selayaknya dibadalkan dengan menggunakan hartanya sama ada ia berwasiat atau pun tidak

  • Mereka yang mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh SEPERTI Kencing manis tahap kritikal & Sakit yang perlu pada hemodialisis

SIAPA PELAKSANA BADAL HAJI

Pelaksana yang boleh menunaikan upah haji adalah mereka yang telah menunaikan haji untuk dirinya terlebih dahulu.

Sekiranya pelaksana haji tidak menunaikan haji bagi dirinya sebelum itu, maka haji tersebut adalah TIDAK SAH

1%20(74)_edited.jpg
1%20(20)_edited.jpg
1%20(10)_edited.jpg

KENAPA MEMILIH AL HIJJRAH VACATION

  • 1x Pelaksanaan Badal Haji oleh Petugas yang dilantik

  • Disertakan 𝐓𝐀𝐇𝐋𝐈𝐋 𝐀𝐑𝐖𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐃𝐎𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐊𝐊𝐀𝐇

  • Pengurusan Sepenuhnya oleh syarikat dari saat pendaftaran diterima sehingga selesai Ibadah Haji

  • Pelaksana Badal Haji telah ditemuduga oleh syarikat bagi menjaga kualiti ibadah yang dijalankan

  • Syarikat berpengalaman mengendalikan Ibadah Haji & umrah hampir 20 tahun sejak tahun 2005

  • 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 cenderahati seperti Sijil, Sejadah, Tasbih & Minyak wangi dari Tanah Suci.

WhatsApp Image 2020-06-09 at 13.47.10 (1
WhatsApp Image 2020-06-09 at 13.23.45.jp

PAKEJ BADAL HAJI / UPAH UMRAH

Flyers Badal Haji 2024-1445H.jpg
Gift Badal Haji.png
Contoh Sijil Badal Haji_edited.jpg

PENDAFTARAN BADAL HAJI KINI DIBUKA

AQAD PEMOHON

360_F_527718367_KqO8hBuUFqNnArhLIxGInTOWWhOubE3R.jpg

Saya (Nama Pemohon) dengan ini mewakilkan Syarikat Al Hijjrah Vacation Sdn Bhd

untuk menguruskan Ibadah (Badal Haji / Upah Umrah) Kepada (Penama Badal Haji) untuk tahun ini (2024 - 1445H) dengan kadar upah sebanyak (Nilai Ringgit Malaysia / Saudi Riyal) kerana Allah SWT.

PERKHIDMATAN TAMBAHAN

Sabeel.jpeg

SABEEL SEDEKAH
DI TANAH SUCI

kambing-mekah.jpg

AKIKAH & QURBAN
DI TANAH SUCI

Wakaf Al Quran-2.webp

WAKAF AL QURAN
DI TANAH SUCI

bottom of page